saya rasa semua orang juga turut merasakan yang sama.
pagi itu. ibu saya kejut kan saya daripada tidur. ohhhh. saya hampir terlupa saya akan mula ke tadika pada harini.
saya mandi sebersih-bersihnya. saya memakai baju dan ibu membetulkan tudung saya :)
setelah bersarapan saya masuk ke dalam kereta sambil ditemani ibu.
apabila ibu ada di sisi saya rasa selamat.
ibu menemani saya untuk ke tadika. sungguh saya tidak biasa dengan suasana baru ini. ibu.. jangan balik. jangan. berulang-ulang kali saya katakan pada ibu. harap ibu mengerti.

tiba2, cikgu menyuruh ibu saya dan ibu orang lain tunggu diluar. hahhh. saya tidak mahu. saya tidak mahu. ibuuuuu. ibuuu jangan... ibuuuuuu. ibuuuu. saya menjerit. saya melihat ada seorang budak lelaki berperangai seperti saya juga. dia menjerit2 di hadapan pintu. tapi saya tidaklah seteruk dia. saya hanya menangis dan melalak di tempat saya duduk tadi. saya menangis tanpa henti sambil menyebut nama ibu.

ada seorang budak perempuan memberi saya donut mainan. :D
saya berasa seronok. saya mulai selesa. saya lihat mereka main. setelah cikgu memberitahu bahawa masa sudah tamat. saya memasukkan donut itu kedalam beg. saya terus keluar mendapatkan ibu saya. dari jauh sudah kelihatan kereta ayah saya. tuu ibuu. volvo bronze. seingat saya.